Wednesday, 13 March 2019

Dah Jumpa Natural Deodorant Paling Best!

Excited sebenarnya nak share cerita pasal deodoran ni. Bukan apa.. Lama dahh tercari-cari natural deodorant yang sesuai dengan dedua keti ni. Dahlah sekarang ni kecoh pasal aluminium lah, pasal kanser lah. Dengar kanser-kanser ni memang boleh buat saya cuak sikitlah. Dahlah arwah mak dulu pun meninggal sebab breast cancer. Lagilah kena jaga bab-bab ni kan. 

Bahan-bahan bertoksik dalam deodoran
Deodoran korang ada bahan-bahan bertoksik ni tak?

Tak banyak sebenarnya natural deodorant yang saya try sebelum jumpa yang 'The One'. Okla kan. Takdelah membazir duit beli pastu tak sesuai. Dahlah natural deodorant ni harga semuanya atas RM20.

Natural Deodorant Deoba


Natural deodorant Deoba by Saba Azlan

Sebelum ni, saya try Natural Deodorant Deoba by sis Saba Azlan. Bau dia memang best. Soothing jek. Saya beli yang lavender. Tapi tak taulah kenapa. Mungkin tak serasi kot. Dia tak boleh bertahan lama. 

Kalau buat kerja lebih sikit, macam berkebun ke, mengemas rumah ke, mulalah dedua keti ni nak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan lobang hidungku. Boleh bertahan dalam 3-4 jam jek. Lain takde isu. Cuma tulah. Tak tahan lama.

Bila nak keluar rumah tu memang saya rasa tak confident la. Especially bila keluar time cuaca tengah panas terik. Bila start berpeluh, mulalah saya rasa tak selesa. So, bermulalah lagi pencarian deodoran yang baru..

All Natural Deodorant dari Hello Natural Co


All Natural Deodorant by Hello Natural Co

Deodoran hat ni saya baca review dia banyak yang cakap memang baguslah. Siap dapat award lagi deodorant depa ni. Dalam website, depa habaq yang pakai deodorant ni dari kalangan atlet sukan, trainers, kaki pergi gym. Semua geng peluh kaw-kaw punya.

Deodoran dari Hello Natural Co ni memang bagus. Mula-mula pakai tu rasa nilah yang paling sesuai dengan saya walaupun bau dia saya tak berapa berkenan sangat. Sebab bau peppermint oil agak kuat. Tenggelam bau lavender. 

Tapi overall, memang ok. Memang tahan lama. Tak mandi satu hari pun rilek jek dedua keti ni. Buat kerja berpeluh-peluh satu badan pun, dedua keti ni elok jek. Tak buat hal langsung.

Tapi, lepas 2-3 minggu saya pakai, masa nak buat waxing baru perasan dedua keti ku dah hitam!! Betul hitam tang yang kita sapu tu. Apa pulak yang tak kena ni? Selama ni pakai ok dah. Mungkin ada bahan dalam deodoran ni yang tak sesuai dengan kulit saya.

Alaaa. Masa tu rasa dah tak best dah. Ingatkan dah tak payah nak tukar-tukar lagi. Aduhh. Jenuhlah nak mencari deodoran lain pulak. So, bermulalah lagi pencarian deodoran yang baru. Hmm.

P/S: Deodoran Hello Natural Co ni ada yang khas untuk kulit sensitif. Tapi saya tak try lagilah. Mungkin deodoran yang khas ni takkan buat ketiak hitam kot. Kalau korang nak try, go ahead. Pape feedback, share la kat sini ;)

Refreshing Deodorant by D'freshpicks - 'The One'


Jenuh jugakla nak survey deodoran yang lain. Puas Google. Puas search dalam Facebook. Terbaca tentang Fresh Cream Deodorant dari MooGoo. Bacalah review. Ada yang cakap best, ada yang cakap tak best.

Tapi fikir punya fikir, takpelah kita try jek dulu. Tak try mana nak tau ye dak. Dah nak transfer duit dah ni. Nak beli kat Shopee. Tetiba teringat ada flyers dari D'freshpicks. Dapat masa order susu kambing Mikkae. Rasanya ada terbaca depa jual deodoran jugak. Eh nak bacalah dulu. Tak jadik nak transfer duit. (Selamat duit aku).

So, lepas baca flyers, saya pun trylah cari review atau testimoni tentang Refreshing Deodorant dari D'freshpicks ni. Tak banyak review. Testimoni pun tak banyak. Hmm. Produk baru kot.

Nak beli ke tak. Nak beli ke tak.

Baca flyers tulis 24 Hour Protection. Amboi. Saya pun fikir kalaulah depa berani claim produk depa bagus macam tu, maknanya produk tu memang baguslah kan. Takkan founder dia yang saya follow kat facebook tu nak menipu?

Okla. Saya pun tawakkal jelah transfer duit. Nasib baik dah masuk jadik agen. Dapatlah harga ahli. (Harga bukan ahli RM29).

Lepas beberapa hari submit order, barang pun sampai. Buka kotak, jeng jeng jeng alahaii kecik ceconet jek bekas deodoran dia. Dalam hati "kedekut punya founder" haha

Refreshing Deodorant by D'freshpicks
Bukan tangan yang besar ok. Tapi deodoran tu yang comel

Takpelah. Agaknya bahan-bahan nak buat dia ni mahal kott. Cium bau, ok best. Apalagi, cepat-cepat pi mandi terus sapu. Sapu sikit jek. Nipis jek. Nak jimat punya pasal. Pastu pi buat kerja macam biasa.

Eh. Bila berpeluh, bau dedua keti ni wangi. Lagi berpeluh, lagi wangi. Ok ok. Taknaklah excited cepat sangat. Kang frust macam dulu.

Masuk hari kedua, pagi-pagi kena keluar hantar anak-anak pi event larian apa entah. Kat Stadium Darul Aman, Alor Setar. Allah. Punyalah ramai umat manusia kat event tu. Penuh satu stadium! Dengan cuaca yang sungguh cerah dan mentari bersinar terang benderang ke seluruh alam buana.

Berada di acara International (Taekwando) Fit and Fitness Run Malaysia 2019

Bayangkanlah. Masa tu dah rasa tak sedap keti dahh. "Hai keti. Janganlah ko buat hal time cenggini. Lambat lagi nak balik rumah ni".

Event tu matahari dah tegak atas kepala baru habis. Lepas habis event, pi lunch pulak. Then baru balik rumah. Sampai jek kat rumah terus masuk bilik cium bau dalam baju.

Takde bau masam. Takde bau hangit. TIDAK ADA. Cuma bau wangi essential oil yang masih menyengat tapi dah hujung-hujung bau dia. Tak kisahlah. Janji bukan bau hangit.

Sampai ke hari ni, prestasi Refreshing Deodorant ni tak pernah lagi mengecewakan. Kulit bahagian keti ni pun lembut jek. Area kulit keti yang kehitaman dah makin pudar. Yang lagi best, lepas waxing atau bercukur pun kita boleh terus sapu deodoran ni. 

Pakai pun tak banyak. Saya sapu nipis-nipis jek. Tapi memang powerful. Memang berkesan hilangkan bau kepam ketiak. Patutlah bekas dia ceconet jek (ampunn cik puan founder hehe). Nanti saya update satu bekas ni tahan berapa lama nak habis.

Alhamdulillah. Saya dah jumpa deodoran yang berkesan, wangi, natural, bebas aluminium, bebas propylene glycol dan bebas bahan-bahan bertoksik. Harap-harapnya lepas ni tak payahlah kena tukar deodoran lain. Amiiinnn.

Bahan-bahan natural dalam Refreshing Deodorant by D'freshpicks

Pakai deodoran ni sebenarnya cuma menutup masalah. Kalau boleh, kita rawatlah masalah ni dari dalaman. Kita boleh cuba amalkan suplemen yang baik untuk detoks. Untuk suplemen yang bagus untuk masalah bau-bauan, saya syorkan korang ambil Alfalfa Complex dari Shaklee.

Alfalfa Complex ni memang bagus untuk detox. Bila dalaman lebih 'bersih', kurang toksin, bukan ketiak kita jek yang akan kurang berbau, untuk orang perempuan, miss v kita pun takdelah bau macam ikan masin. Bila amalkan Alfalfa Complex, darah haid pun kurang berbau tau.

Nak lagi jimat, buat detox sendiri. Amalkan minum air lemon suam setiap hari. Nak manis-manis sikit, campur madu tulen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *